Tun Mohd Ali berbuka puasa bersama warga UTeM
DURIAN TUNGGAL 21 April – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, menghadiri Majlis Iftar Bersama TYT Tun Canselor 1443 Hijrah/2022 di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, hari ini.
Tun Seri Setia Mohd Ali bersama Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman tiba di perkarangan Masjid Sayyidina Abu Bakar, kira-kira jam 6.45 petang.
Hadir sama pada program itu EXCO Pendidikan dan Teknologi negeriDatuk Rais Yasin yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM Datuk Seri Dr Hasim Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahin Durum, Naib Canselor UTeM Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin dan kenamaan lain.
Pada program ringkas itu, seramai 50 mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan daripada Tabung Amal Jariah UTeM.
Sumbangan yang disampaikan Tun Mohd Ali itu termasuk penyampaian komputer riba kepaa lima daripada mahasiswa berkenaan.
Tun Mohd Ali dan Toh Puan kemudiannya turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan solat sunat tarawih bersama kira-kira 1,500 jemputan dan warga UTeM hadir pada majlis tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.