
Tun M stabil
Masa Membaca:27 Saat
KUALA LUMPUR 22 Jan – Keadaan Tun Dr Mahathir yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan stabil.
Perkara itu disahkan anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir dalam satu kenyataan di sini.
Marina berkata, bapanya mendapat rawatan di pusat perubatan itu sejak dua hari lalu susulan daripada prosedur elektif yang dilaksanakan pada 8 Jan lalu.
“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respon kepada rawatan tersebut.
“Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan ahli keluarga memohon agar rakyat mendoakan kesembuhan beliau,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
1005