
Tun M dimasukkan ke IJN
Masa Membaca:19 Saat
KUALA LUMPUR 16 Dis – Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7 petang tadi.
IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan pemerhatian lanjut.
“Beliau dijangka akan ditahan selama beberapa hari di IJN,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
1320