
Tun Khalil serah tugas TYT kepada Mohd. Ali
MELAKA 5 Jun – Sebaik selesai istiadat angkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka KE-7, Tun Dr Mohd Ali Rustam kemudian tiba di pejabatnya bagi majlis serah tugas.
Terdahulu Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob turut menyampaikan ucapan penghargaan serta pencapaian Tun Dr Mohd Ali ketika beliau menjadi Ketua Menteri Melaka Ke-9 sebelum ini selain pencapaian dicapai Melaka antaranya dalam sektor ekonomi.
Majlis serah tugas itu disaksikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka ketujuh kepada Tun Dr Mohd Ali di Istana Negara.
Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka itu berkuat kuasa semalam sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil yang tamat tempoh perkhidmatan semalam.
Views:
Related

Berita Lain
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...
MELAKA RAYU KPKT SEGERAKAN PEMBINAAN LOJI WTE
SUNGAI UDANG 26 April - Kerajaan Negeri meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyelesaikan segera sebarang pemasalahan di peringkat...
NGAUMAN ‘SINGA’ DI BUMI BERSEJARAH
KLEBANG 26 April - Seramai 1,500 delegasi rangkaian Lions Club di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Filipina 'berkampung' di Melaka...
MERCEDES S400 TERBAKAR, PEMANDU SELAMAT
KOTA LAKSAMANA 26 April - Seorang pemandu Mercedes S400 berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Limbongan berhampiran...
KKTM MASJID JADI RUJUKAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI AUTOMOTIF
AYER LIMAU 26 April - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah menerima peralatan pengajaran dan pembelajaran disumbangkan sebuah syarikat...