Tun Dr. Mohd Ali diangkat Tokoh Kepimpinan Sukan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

MELAKA 3 Jun – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2023.

Naib Presiden SAM, Mohd Hazreen Mubarak memaklumkan, pemilihan Tun Dr. Mohd Ali sebagai penerima anugerah berkenaan adalah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan beliau dalam sukan seni mempertahankan diri.

“Penglibatan Tun Dr. Mohd Ali Rustam dalam arena sukan tidak dapat disangkal. Ia dapat dibuktikan dengan kejayaan kepimpinannya berjaya memacu Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dan Persatuan Silat Malaysia (PESAKA) lebih dikenali di peringkat antarabangsa,” katanya seperti memetik laporan Astro Arena.

Tun Dr. Mohd Ali bukanlah nama asing dalam sukan seni mempertahankan diri kerana telah menerajui badan induk sukan seperti karate dan silat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau menerajui MAKAF selama 13 tahun dan kini dilantik sebagai penaung badan induk itu, manakala di peringkat antarabangsa, Tun Dr. Mohd Ali turut diangkat sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF).

Di bawah kepimpinan beliau, pelbagai kejayaan diraih skuad karate negara yang sinonim dengan julukan ‘lubuk emas’ di beberapa temasya sukan seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.

Dalam tempoh itu juga pencapaian terbaik Malaysia ialah dengan meraih satu perak dan satu gangsa di Kejohanan Dunia WKF 2014 di Jerman.

Selain itu, Tun Dr. Mohd Ali turut memainkan peranan besar dalam sukan silat di bawah PESAKA yang mencipta deretan gelaran juara dunia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

80
Kongsi :
Previous post MAIM didik mualaf ilmu rumah tangga cara Islam
Next post Kes Zayn Rayyan: 3 individu termasuk bekas pengasuh beri keterangan
Ubah saiz-+=