
Tun Ariffin Zakaria dilantik Pengerusi Kumpulan PNB, Pemegan Amanah YPB
KUALA LUMPUR 6 Mei. – Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) melantik Tun Arifin Zakaria sebagai pengerusi kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan pemegang amanah YPB berkuat kuasa Khamis, 6 Mei, 2021.
Menerusi kenyataan pada hari ini PNB menjelaskan Ariffin adalah ketua hakim negara bagi tempoh 2011 hingga 2017 dan ketua hakim Mahkamah Tinggi dari 2008 hingga 2011.
Menurutnya, YPB juga mengumumkan pelantikan Datin Norazah Razali sebagai ahli lembaga pengarah PNB berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Norazah ketika ini ialah penasihat kanan di Boston Consulting Group (BCG) bagi menyokong dan memberi khidmat nasihat kepada perniagaan dan organisasi di seluruh Asia Tenggara.
“Beliau memiliki pengalaman perundingan strategik dan pengurusan selama lebih 20 tahun khususnya dalam transformasi perniagaan dan organisasi, penstrukturan semula, strategi dipacu pertumbuhan, pembangunan bakat dan kepimpinan serta tadbir urus,” menurut PNB.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...