Sorting by

×

Tun Ariffin dilantik Pengerusi Majlis Penasihat AIAC

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KUALA LUMPUR 22 April. – Bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 April lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, turut dilantik sebagai ahli majlis itu ialah Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Tan Sri Sulong Matjeraie, Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham, Raja Datuk Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, Datuk Nitin Nadkarni dan Dr Wafi Nazrin Abdul Hamid.

“Turut dilantik ahli Majlis Penasihat AIAC itu ialah Tan Swee Im, Prof. Doug Jones AO (Australia), Dr. Hassan Arab (Emiriah Arab Bersatu), Monica Feria Tinta (United Kingdom), Khawar Qureshi QC (United Kingdom) dan Vyapak Desai (India),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata ahli majlis itu berperanan menentukan strategi dan pelan tindakan bagi memperkukuh AIAC serta meningkatkan aktiviti pusat tersebut di samping membantu Pengarah AIAC Tan Sri Suriyadi Halim Omar.

Beliau menjelaskan pelantikan Ahli Majlis Penasihat AIAC dari dalam dan luar negara itu dibuat berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas individu berkenaan dalam industri Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) di negara masing-masing.

Takiyuddin turut berharap AIAC akan meneruskan kecemerlangan sebagai sebuah institusi ADR dan pusat timbang tara yang unggul serta terkemuka di dunia dengan pelantikan ahli Majlis Penasihat AIAC tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

556
Kongsi :
Previous post Aidil Zafuan sedia kongsi pengalaman dengan pemain muda
Next post 200 maritim ditugas kawal perairan Johor sepanjang Ramadan, Aidilfitri
Ubah saiz-+=