Tumpahan bahan kimia: JAS N.Sembilan arah kilang plastik jalankan pembersihan
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S Veerapan berkata, kilang terbabit juga diarahkan menjalankan kerja pembersihan tumpahan berkenaan.
JAS juga menjalankan pengawasan kualiti udara bermula semalam dari 8 malam hingga 12 tengah malam dan pemantauan bersambung hari ini hingga 8 malam nanti di kawasan petempatan penduduk terjejas di Lorong 7, Taman D’Latania, katanya dalam kenyataan.
Katanya kertas siasatan akan dibuka sekiranya pemeriksaan pasukan JAS negeri mendapati berlaku kecuaian sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar dan boleh didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Semalam, media melaporkan aduan orang awam mengenai bau kurang menyenangkan di kawasan berkenaan pada kira-kira 12.55 tengah hari dan siasatan awal mendapati berlaku kebocoran semasa pemindahan bahan kimia Methyl mathacrylate yang diambil daripada tangki ‘Intermediate Bulk Container’.
Insiden menyebabkan bahan kimia berkenaan melimpah memasuki perparitan awam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.