Tumbuk sambal belacan, masak sambal tahi minyak curi tumpuan

Masa Membaca:55 Saat

BANDA HILIR 22 Julai – Pertandingan menumbuk sambal belacan dan demonstrasi memasak sambal tahi minyak antara acara paling mencuri tumpuan pada Festival Masakan Warisan Melaka 2023.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Zaidi Attan berkata, acara dipertandingkan kali ini lebih santai berbanding tahun lalu.

Katanya, penganjuran festival itu adalah antara usaha Perzim untuk berkongsi dan memberitahu masyarakat mengenai kepentingan makanan warisan turun temurun agar tidak dilupakan.

“Mungkin ramai tidak tahu sambal belacan mempunyai pelbagai jenis dan cara pembuatan pula berbeza-beza. Begitu juga dengan demonstrasi sambal tahi minyak, orang ramai boleh melihat sendiri prosesnya dari awal hingga akhir.

“Pada festival ini kita juga anjurkan pertandingan memasak, menghias pulut kuning dan persembahan kebudayaan.

“Festival ini juga merupakan satu bentuk promosi pelancongan makan-makan kepada pelancong berkunjung ke festival ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Masakan Warisan Melaka 2023 di Perkarangan Muzium Rakyat, di sini, hari ini.

Majlis perasmian festival itu disempurnakan oleh Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman, turut hadir, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3782
Kongsi :
Previous post Makanan warisan aset negara
Next post Muzium Naning antara produk tarikan TMM2024
Ubah saiz-+=