Sorting by

×

TULAR VIDEO BERNIAT JAHAT, 2 INDIVIDU DIARAH KELUAR DEWAN

Masa Membaca:1 Minit, 53 Saat

SERI NEGERI 31 Disember – Dua individu diarah keluar dari Dewan Undangan Negeri Melaka di atas tindakan menular video tidak bertanggungjawab dan jelas berniat jahat.

Video itu menunjukkan dakwaan kononnya Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tertidur pada hari terakhir Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Video tersebut kemudiannya ditularkan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menerusi laman Facebooknya sedangkan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu tidak berada di dalam dewan.

Dipercayai video itu diterima daripada dua orang pemerhati yang berada di dalam dewan, sebelum kedua-dua mereka diarah keluar oleh Bentara Dewan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan menyifatkan, penularan video itu adalah sangat tidak beretika dan berniat jahat terutama dilakukan dalam dewan yang mulia.

Justeru, beliau menggesa, pihak dewan untuk mengambil tindakan lebih tegas kepada pemerhati, termasuk menguatkuasakan undang-undang untuk larangan membawa telefon bimbit, kecuali kepada ahli dewan, Ex-Officio, pegawai kerajaan dan pengamal media.

“Kesempatan ini saya berharap pihak tidak bertanggungjawab menularkan video ini menafikan sekeras-kerasnya apa yang berlaku dan memadam video berkenaan dengan segera memandangkan kami semua berada di dalam dewan dan tahu situasi sebenar.

“Benar, Ketua Menteri seorang yang kuat bekerja dan sehingga lewat malam tadi, beliau sendiri melihat ‘rehearsal’ sambutan Ambang Tahun Baru dan awal-awal pagi hari ini telah datang ke pejabat untuk persidangan.

“Namun, janganlah kerja keras dan wawasan jauh itu dibalas dengan tuduhan tidak berasas menerusi satu rakaman video pendek dari sudut jauh dan ia tidak langsung membuktikan Ketua Menteri tertidur di dalam dewan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan turut menegaskan bahawa Ketua Menteri merupakan seorang pemimpin yang sihat dan cergas serta bebas daripada sebarang penyakit.

“Pemeriksaan kesihatan Ketua Menteri mengesahkan bahawa beliau tidak mempunyai penyakit dan kita dapati ada cubaan untuk merosakkan pemikiran supaya rakyat hilang keyakinan terhadap Ketua Menteri.

“Jadi, saya amat berharap selepas ini pihak dewan dapat mengambil tindakan sewajarnya dan memastikan mereka yang masuk ke dalam dewan tidak membawa telefon bimbit bagi tujuan yang berniat jahat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

739
Kongsi :
Previous post ZON EKONOMI ANJUNG SELATAN FOKUS 4 SEKTOR
Next post APLIKASI SMART HERITAGE TOURISM, ‘PUSAT SEHENTI PELANCONGAN’ DI HUJUNG JARI
Ubah saiz-+=