Sorting by

×

Tular Aidilfitri 2 Mei tidak sahih

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 26 April – Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak terpengaruh atau percaya dengan tular di media sosial kononnya Aidilfitri tahun ini akan disambut pada Isnin, 2 Mei depan.

Balai Cerap Al-Khawarizmi menerusi Facebook rasminya memaklumkan sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehinggalah keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai dilakukan.

“Kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab). Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443H di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan diseluruh Malaysia.

“Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja. Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443 H.

“Keputusan penampakan hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” kata pemakluman itu.

Terdahulu tular di media sosial meminta umat Islam agar melakukan persiapan berikutan tarikh Aidilfitri dijangka berubah dan awal sehari iaitu pada 2 Mei.

Tular itu mendakwa hal sedemikian berlaku berikutan perkiraan syarat hilal bagi tahun ini adalah mengikut ketetapan format baharu.

“Walaubagaimanapun tetap bergantung penuh kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja. Di pihak kita mohon ‘stanby’ (bersedia) takut panik pula jika diumumkan Raya 2 haribulan nanti,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Jabatan Mufti Negeri Melaka akan menganjurkan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal Peringkat Negeri Melaka 1443H/2022M di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara pada 1 Mei depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

942
Kongsi :
Previous post Kes basikal lajak: 11 Mei pengurusan kes bagi rayuan kerani wanita
Next post Melgrab capai sasaran pengunjung
Ubah saiz-+=