
Tukar hari parkir percuma untuk bantu PBT, tingkat kemajuan negeri – KM

MERLIMAU 27 Jun – Tiada isu yang perlu dibangkitkan mengenai pertukaran hari parkir percuma di Melaka, tegas Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali.
Jelasnya, pertukaran hari parkir percuma ke Isnin dan Selasa sebelum ini diputuskan memandangkan pernah berlakunya masalah apabila ia dilaksanakan pada Sabtu dan Ahad.
Katanya lagi, dengan pertukaran itu juga, ia dapat membantu meningkatkan kutipan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada hujung minggu yang boleh digunakan untuk kemajuan negeri.
“Percuma tetap percuma. Kita tidak hentikan, cuma tukar hari sahaja. Parkir percuma masih dua hari dan ia bukanlah satu isu besar.
“Jika nak kata ia beri impak kepada rakyat, saya rasa tidak. Kita masih lagi membantu dengan parkir percuma yang boleh dimanfaatkan semua pada setiap Isnin dan Selasa,” katanya.
Terdahulu, kerajaan negeri memutuskan hari parkir percuma ditukar ke hari Isnin dan Selasa, berbanding Sabtu dan Ahad sebelum ini.
Selain itu, kupon bayaran parkir juga akan dikuatkuasakan semula bermula 1 Julai depan selepas ia dihentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
-HABIS-
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...