
Tukang rumah maut tercampak dalam parit
MASJID TANAH 26 Mei – Tukang rumah warga Indonesia maut selepas motosikal ditunggang terbabas lalu melanggar tiang lampu di Jalan Solok Seberang, Jalan Air Hitam Pantai jam 11.30 malam tadi.
Mangsa menunggang motosikal Demak EX90 dikenali sebagai Nasrudin, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa menunggang dari arah Padang Kambing menghala ke Tanjung Bidara.
“Ketika melalui lokasi kejadian motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum dia tercampak ke dalam parit parit di bahu jalan.
“Kami terpaksa mendapatkan bantuan pihak bomba bagi membantu mengeluarkan mangsa dari dalam parit,” katanya ketika dihubungi.
Arshad berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BERKELAKUAN TIDAK SENONOH: DOKTOR DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS
GEORGE TOWN 2 Mac - Seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan bagi membantu siasatan kerana berkelakuan tidak...
RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN SANTUNI 31 ANAK YATIM
PANTAI KUNDOR 2 Mac - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyantuni penghuni Rumah Anak-Anak...
POLIS MOHON BANTUAN KESAN REMAJA PEREMPUAN LARI DARI RUMAH PERLINDUNGAN
KUALA LUMPUR 2 Mac - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang dilaporkan hilang...
HARIMAU KUMBANG MASUK PERANGKAP PERHILITAN DI KUALA PILAH
KUALA PILAH 2 Mac - Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan...
TUJUH SEKELUARGA NYARIS MAUT, KERETA LANGGAR TIANG ELEKTRIK
GEORGE TOWN 2 Mac - Tujuh sekeluarga nyaris maut selepas kereta Toyota Innova dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan dan...
RAMADAN: MELAKA SARAN UTAMAKAN IMAM TEMPATAN
TANJUNG BIDARA 2 Mac - Masjid dan surau di Melaka disaran menggunakan khidmat imam tempatan untuk solat jemaah dan tarawih...