
Tukang cuci warga emas temui ajal akibat sakit jantung
KLEBANG 30 November – Seorang lelaki warga emas yang disangkakan tidur meninggal dunia di tandas awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Jalan Klebang Besar, di sini malam tadi.
Mangsa, Mohamad Ismail Saadah, 67 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci di tandas terbabit ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan duduk oleh orang awam kira-kira jam 8.25 malam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan lelaki terbabit sebelum anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata hasil keputusan COVID-19 mendapati mangsa negatif wabak itu.
“Pegawai perubatan turut memaklumkan mangsa menghidap penyakit jantung dan pernah dimasukkan ke hospital berkenaan.
“Punca kematian mangsa adalah disebabkan komplikasi jantung kronik dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...