Sorting by

×

TUJUH PENIAGA DI KLEBANG TERIMA GERAI BAHARU

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 7 Mac – Penempatan semula tujuh peniaga di gerai baharu di Jalan Klebang Utama, Klebang merupakan insiatif yang bukan sahaja membantu mereka menjana pendapatan, sebaliknya dapat menawarkan perkhidmatan masing-masing dalam suasana lebih selesa.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, kesemua peniaga berkenaan juga sudah menerima surat tawaran untuk berpindah ke lokasi baharu yang dijadualkan pada 15 April nanti.

Shadan berkata, setakat ini tujuh peniaga berkenaan juga memberikan maklum balas yang amat positif dan bersetuju dengan tawaran diberikan kepada mereka.

“Ketika ini mereka berniaga sepanjang Jalan Utama Klebang hingga persimpangan Batang Tiga, berikutan itu kita pelawa mereka untuk pindah ke gerai baharu yang selesa, dilengkapi bekalan air dan elektrik.

“Jika tidak ada sebarang masalah mereka dijangka beroperasi di gerai baharu selepas Hari Raya Aidilfitri, kita faham proses untuk pindah mengambil masa. Lebih istimewa mereka tidak perlu bayar deposit sewaan, api dan elektrik bagi tiga bulan pertama,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Shadan, tapak lama diusahakan peniaga berkenaan dirancang untuk diberikan wajah baharu termasuk hiasan landskap yang menarik.

Terdahulu Shadan telah menyerahkan surat tawaran gerai baharu selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama peniaga terlibat di Bangunan Graha Maju MBMB pada 4 Mac lalu (Selasa).

Turut hadir pada sesi penyerahan surat tawaran itu ialah Ketua Ahli Majlis MBMB Clr. Mustafa Mohamed Baboo dan Setiausaha Bandaraya MBMB Muhammad Firdaus Shariff.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post PROMOSI PELANCONGAN LAUT MELAKA
Next post HUJAN SEHARI MENYAMAI TEMPOH SEBULAN PUNCA BANJIR DI MELAKA