Sorting by

×

Tujuh lagi Akademi Tunas NFDP akan dibuka tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

RAUB, 20 Feb – Sebanyak tujuh lagi Akademi Tunas, platform melahirkan atlet pelapis menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) akan dibuka tahun ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker.

Bagaimanapun, beliau berkata lokasi akademi berkenaan masih belum dimuktamadkan dan kementerian terbuka menerima cadangan daripada mana-mana pihak berhubung kawasan yang sesuai untuk dijadikan pusat latihan itu.

“Secara keseluruhan tahun ini Majlis Sukan Negara (MSN) sasar untuk mempunyai 62 Akademi Tunas bagi melatih lebih ramai peserta, dan setakat hari ini kita sudah mempunyai 55 akademi.

“Dengan pembukaan beberapa lagi akademi kita dapat mengesan lebih banyak bakat dan berharap ibu bapa dapat menyokong dan membantu minat anak mereka terhadap sukan bola sepak ini, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Tunas Raub di Kompleks Tunas Muda Raub di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Akademi Tunas Raub merupakan yang ke-55 di Malaysia dan keempat di Pahang telah memulakan pencarian bakat hari ini, sekali gus menjadikan ia sebagai hab bola sepak bagi kanak-kanak yang berumur tujuh hingga 12 tahun yang berada di sekitar Raub, Lipis dan Bentong.

Menurut beliau, lebih 200 kanak-kanak telah menghadiri sesi uji bakat berkenaan sebelum 120 dipilih ke peringkat seterusnya iaitu memulakan latihan di akademi berkenaan.

Terdahulu, Li dalam ucapannya berkata program NFDP itu merupakan satu platform untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan kanak-kanak, selain ke arah melahirkan para atlet pelapis negara.

“Pendedahan ini perlu berterusan dan dilaksanakan secara sistematik supaya impaknya nanti dapat dikecapi seterusnya melahirkan para atlet yang hebat suatu hari nanti,” katanya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2081
Kongsi :
Previous post Pekeliling elaun penjawat awam antara yang perlu dikaji semula segera – Cuepacs
Next post PRN Johor: Rakyat tidak perlu takut keluar mengundi – Annuar Musa
Ubah saiz-+=