TUJUH ANUGERAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2024

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 September – Tujuh Anugerah Khas Maulidur Rasul disediakan Kerajaan Negeri bagi mengiktiraf individu dan agensi menyumbang tenaga, wang ringgit serta masa bagi pembangunan ummah juga dakwah Islamiah.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata penyampaian anugerah berkenaan akan berlangsung pada Majlis Penutup Karnival Semarak Cinta Rasul di tapak Karnival Semarak Cinta Rasul di Dataran Pusat Islam, 17 Spetember ini.

Katanya, bagi penganjuran tahun ini Kerajaan Negeri memperkenalkan anugerah baharu iaitu Anugerah Pemegang Sijil Pengesahan Halal Negeri Melaka.

“Enam anugerah khas lain adalah Anugerah Tokoh Maal hijrah; Anugerah Pengurusan Dan Pentadbiran Masjid Kariah Terbaik; Anugerah Pengurusan Dan Pentadbiran Surau Kariah Taman Terbaik.

“Anugerah Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Terbaik. Anugerah Koperasi Masjid Terbaik dan Anugerah Pengurusan Institusi Pendidikan Islam Terbaik.

“Penyampaian anugerah khas ini akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,” katanya pada sidang media selepas bersiaran di Apa Khabau YB di Melaka FM di Bangunan RTM, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata pemilihan ‘Al Falah Pemacu Malaysia Madani’ sebagai tema sambutan tahun ini berteraskan kepada perpaduan yang menjadi tunjang kepada masyarakat madani.

“Masyarakat madani ini bukan sahaja maju daripada segi kebendaan tetapi juga fikrah, keilmuan juga kerohanian serta pembangunan modal insan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

138
Kongsi :
Previous post KANAK-KANAK 10 TAHUN PANDU KERETA: POLIS AMBIL KETERANGAN IBU
Next post LEBIH TUJUH JUTA RAKYAT MALAYSIA SERTAI KOPERASI TAHUN LALU
Ubah saiz-+=