Sorting by

×

TUISYEN PERCUMA PANTAI KUNDOR DITERUSKAN

Masa Membaca:58 Saat

PANTAI KUNDOR 6 Januari – Inisiatif tuisyen percuma untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diteruskan lagi pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim berkata, program tuisyen itu memberi peluang kepada pelajar khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mendapatkan bimbingan tambahan dalam pelajaran secara percuma.

“Pada tahun ini, kita meneruskan lagi program tuisyen percuma ia susulan daripada impak positif daripada penganjuran terdahulu.

“Contohnya, pada tahun lalu pelajar bersasar kita yang terdiri daripada pelajar yang gagal bukan sahaja merekodkan pencapaian membanggakan tetapi peratusan mereka yang lulus juga meningkat.

“Penganjuran ini juga adalah bagi membantu pelajar dari golongan B40 mendapat sokongan pembelajaran,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Japerun Pantai Kundor.

Tuminah yang juga Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, penganjuran program tuisyen percuma ini juga dapat membantu pelajar supaya dapat meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Objektif kita mengadakan program ini juga bertujuan untuk mengurangkan peratusan pelajar yang gagal dan tidak mendapat sijil peperiksaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

92
Kongsi :
Previous post MENARA TAMING SARI SASAR 800,000 PENGUNJUNG
Next post KURSUS KAHWIN PERCUMA GALAK ORANG MUDA DIRIKAN RUMAH TANGGA
Ubah saiz-+=