‘Tugas lebih berat selepas dapat Datuk’ – Shanmugam

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 25 Ogos – Exco Belia, Sukan dan NGO Datuk VP Shanmugam menganggap Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) dianugerahkan kepada beliau sebagai amanah untuk bekerja lebih keras dan meneruskan bakti kepada rakyat.

Shanmugam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek berkata, penganugerahan daripada Kerajaan Negeri Melaka buat dirinya itu amat dihargai.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh atas kurniaan ini.

“Saya amat hargai anugerah yang diberikan, malah saya berjanji akan membuat yang terbaik untuk negeri Melaka serta rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang, Dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2024 sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Menurut Shanmugam, keutamaan beliau adalah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat terhadap dirinya.

“Tugas selepas ini semakin berat jadi dengan kepercayaan yang diberikan kepada saya hari ini, saya cuba berkhidmat sebaiknya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

445
Kongsi :
Previous post Exco, Timbalan Exco antara penerima Darjah
Next post Husain Beladar ‘arkitek’ penjara Malaysia
Ubah saiz-+=