
Tubuh Skuad Bantuan Bencana RELA
ASAHAN 30 Mac – Skuad Bantuan Bencana Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan ditubuhkan tahun ini bagi menyegerakan operasi membantu penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) ini yang terkesan akibat bencana alam.
Inisiatif itu disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan selepas merasmikan Kursus Asas RELA anjuran Jabatan RELA Daerah Jasin di Balai Raya Batang Melaka, baru-baru ini.
“Saya merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh ahli RELA DUN Asahan atas segala perkhidmatan dalam membantu saya menguruskan DUN Asahan.
“InsyaAllah DUN Asahan akan menubuhkan Skuad Bantuan Bencana RELA pada tahun ini. Kita kerja sama-sama membantu rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.
1- FAIRUL Nizam selepas merasmikan Kursus Asas Rela anjuran Jabatan Rela Daerah Jasin di Balairaya Batang Melaka, baru-baru ini.
Ends//
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...