
Tubuh pasukan khas CRSM setiap negeri
KLEBANG 28 Ogos – Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) bercadang untuk menubuhkan pasukan khas itu di setiap negeri menjelang hujung tahun ini.
Naib Presiden MCA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA negeri, Datuk Lim Ban Hong berkata pasukan khas itu akan dilengkapi dengan semua asas ilmu pertahanan awam.
Katanya, sekurang-kurangnya seramai 25 ahli CRSM dari setiap negeri akan dipilih menyertai pasukan khas tersebut.
“Kita bercadang tubuhkan pasukan khas ini mengikut negeri dan lengkapkan ilmu pertahanan awam mengikut geografi negeri masing-masing.
“Kerana ada negeri yang mempunyai landskap geografi berbeza, dan sekiranya berlaku bencana, pasukan khas ini akan digerakkan.
“Pasukan khas ini akan dilatih khas oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang akan bertugas pada bila-bila masa yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Latihan Asas Pengendalian Bot di Seafarer Explorer di sini, pada Ahad.
Hadir sama, Pengarah APM Melaka, Leftenan Kol. Kamarulsyah Muslim dan Ketua CRSM Melaka, Yong Fun Juan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...