Tuan Ibrahim sahkan dijangkiti COVID-19

Masa Membaca:28 Saat

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19. 

Dalam catatan di Facebooknya, beliau berkata empat anak dan seorang cucu beliau turut dijangkiti wabak tersebut dan telah menjalani kuarantin. 

“Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif COVID-19.

“Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu. Seorang cucu selamat dilahirkan semalam dan disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh. Doakan,” menurut catatan itu. — BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

516
Kongsi :
Previous post Bantuan wang ihsan RM1,000 diperluas untuk setiap ketua isi rumah terjejas banjir
Next post Banjir: Lelaki dilapor hilang ditemukan maut di kawasan timbunan kayu
Ubah saiz-+=