Sorting by

×

Trio Kata Wanita sumbang gangsa ketiga Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 23 Julai – Trio wanita negara   menyumbang satu lagi pingat gangsa dalam acara Kata Berpasukan Wanita pada hari terakhir Kejohanan Karate Asia 2023, hari ini.

Gandingan Lovely Anne Robberth, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie memenangi kategori itu menerusi perlawanan bagi penentuan tempat ketiga.

Ketiga-tiga atlet wanita itu berjaya menewaskan Hong Kong dengan pungutan 42.4 mata berbanding lawan, 41.8 mata.

IMG_9239
Atlet Malaysia, (dari kiri) Lovely Anne Robberth, Naccy Nelly Evvaferra Rojin dan Niathalia Sherawinnie memenangi tempat ketiga dalam kategori Kata berpasukan (trio) wanita pada Majlis Penutup Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini. Foto: MR. AZLI

Menurut Lovelly, pencapaian kejohanan kali ini lebih membanggakan berbanding kemenangan  pingat gangsa diraih pada Sukan Sea Kemboja, Mei lalu.

“Pingat gangsa dimenangi ini secara tidak langsung dapat  menebus kekalahan pada edisi Kejohanan Asia 2022 di Tashkent, Uzbekistan, selain antara faktor kejayaan juga adalah keserasian antara kami.

“Kejohanan ini ada ‘top’ ranking selain semua yang datang juga memiliki ranking dunia, jadi untuk mendapat tempat terbaik pada kejohanan ini amat susah,” kata Lovelly.

Sementara itu, Naccy berkata, kelainan ditampilkan pada acara itu membuahkan hasil selepas mereka meningkatkan intensiti latihan dan sebagainya.

Bagi Niathalia pula berkata, corak persembahan kali ini berbeza berbanding Sukan Sea apabila mereka mengubah cara bunkai dan menjalani kaedah itu menjadi  lebih baik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1289
Kongsi :
Previous post Keadaan Salahuddin agak kritikal namun stabil – Dr Zaliha
Next post Empat kedai di Terminal Larkin Sentral terbakar
Ubah saiz-+=