
Trek joging baharu di Semabok Perdana
DUYONG 20 Ogos – Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong bakal mendapat kemudahan baharu bagi aktiviti riadah apabila trek joging sepanjang 680 meter akan dibina di Semabok Perdana.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, kemudahan trek joging itu dibina dengan kos RM500,000 termasuk membaik pulih kolam tadahan air di kawasan itu.
“Peruntukan ini diberikan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) manakala Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka pula akan membantu menaik taraf kawasan ini.
“Apabila siap nanti âremote controlâ (RC) bot dan trak juga akan dipindahkan ke kawasan ini untuk menarik lebih ramai pengunjung.
“Kita jangka trek dan kerja menaik taraf kolam tadahan ini siap pada bulan November ini, ini adalah trek joging kedua di DUN Duyong selepas Bukit Serindit,” katanya.
Katanya, para peniaga juga diberikan peluang untuk berniaga di kawasan itu setelah ianya siap dibina.
“Ini juga salah satu inisiatif kita untuk membantu peniaga kecil menjana pendapatan.
“Tetapi kita hanya benarkan peniaga kecil yang menggunakan khemah bagi memberi peluang kepada lebih ramai peniaga masuk ke kawasan ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.