Transfomasi pacu kemajuan Melaka ke suatu dimensi baharu

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

SERI NEGERI 25 Ogos – Kerajaan Negeri komited dalam merangka perancangan masa hadapan dengan melaksanakan reformasi dan transformasi, sekali gus memacu kemajuan Melaka ke suatu dimensi baharu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, justeru itu beberapa pelan tindakan telah digarap, direncana dan diatur Kerajaan Negeri Melaka.

“Pertama, adalah mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan antara tiga negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang pastinya mampu menjana pertumbuhan ekonomi mampan, terutamanya yang melibatkan pembangunan di kawasan sempadan.

“Antaranya adalah, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan Jelapang Padi Selatan yang akan menggabungkan Melaka, Negeri Sembilan dan Johor bagi menjamin bekalan padi terutamanya bagi kawasan selatan tanah air ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Taat Setia sempena Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang, Dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2024 sempena Sambutan Hari Jadi Ke-75 Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, di  Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Menurut Ab Rauf, Kerajaan Negeri juga turut melaksanakan inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat yang berkonsepkan turun padang bagi memastikan reformasi dan transformasi ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

“Inisiatif ini bagi mendengar denyut nadi rakyat yang mana pada setiap bulan, Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri akan diadakan secara berselang-seli di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam negeri ini.

“Berpegang kepada konsep Al-Qawi iaitu mewujudkan pentadbiran yang baik dan Al-Amin, mewujudkan birokrasi tatakelola yang berintegriti, Kerajaan Negeri akan terus konsisten memberi perhatian terhadap segala aspek yang akan mensejahterakan rakyat disamping mengatur pemantapan strategi bagi mencapai lebih banyak pencapaian yang membanggakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

150
Kongsi :
Previous post Rakyat Melaka perlu bersatu demi Malaysia
Next post Sektor perkhidmatan kekal dominasi ekonomi Melaka – Ab Rauf
Ubah saiz-+=