
TRAGEDI TAHUN BARU CINA, TUKANG KAYU MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
KESIDANG 30 Januari – Seorang tukang kayu maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Taman Merdeka, di sini, petang raya pertama Tahun Baru Cina, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa Tay Chah Lee, 78, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan menghala ke Batu Berendam iaitu lokasi yang tidak diketahui keluarganya.
Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan pengecaman mayat oleh ahli keluarganya.
“Motosikal terlibat pula telah dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan,” katanya.
Beliau berkata, pihak polis bagaimanapun masih mengesan saksi yang melihat kejadian tersebut.
Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...