Sorting by

×

Tragedi selepas solat Jumaat

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PANTAI KUNDOR 4 November – Kegembiraan sekumpulan kanak-kanak bermandi-manda di Pantai Puteri berakhir tragedi apabila seorang dari mereka ditemui lemas.

Mohd Asyraf Fakrul, 6, ditemui lemas oleh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat bermula kira-kira jam 3.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dalam keadaan terlentang di dasar pasir kira-kira 9 meter dari pantai pada jam 6.22 petang.

Katanya, seramai 14 keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dibantu 24 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan BBP Melaka Tengah.

Turut membantu, anggota daripada Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat yang berlangsung selama tiga jam.

“Kita difahamkan, mangsa datang ke pantai untuk bermandi-manda bersama tiga lagi rakan dan sepupu selepas solat Jumaat.

“Orang awam yang berada di pantai telah menegur mereka dan dua daripada kanak-kanak terbabit pulang ke rumah, namun mangsa bersama seorang lagi masih kekal bermandi-manda.

“Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai telah terjun daripada sebuah pembentungan ke dalam laut dan tidak timbul menyebabkan rakannya pergi mendapatkan bantuan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau turut menasihati ibu bapa dan keluarga agar peka dengan keselamatan anak-anak khususnya menjelang musim tengkujuh yang bakal tiba tidak lama lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6301
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak 6 tahun dikhuatiri lemas di Pantai Puteri
Next post Perzim, UPSI bukukan dialek Melaka dan Negeri Sembilan
Ubah saiz-+=