
Tragedi langgar serpihan tayar
JASIN 30 Mei – Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah motosikal di Kilometer 190.7 Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia adalah Mohd Afirzul Hamzah, 35, yang beralamat di Kampung Bukit Tunggal, Jementah, Johor.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian terdapat 20 buah motosikal berkonvoi menghala ke Johor selepas makan di Simpang Ampat, Alor Gajah.
Katanya, ketika dalam perjalanan, salah seorang peserta konvoi yang menunggang Yamaha Y15 telah melanggar objek di atas jalan iaitu serpihan tayar lalu hilang kawalan dan terjatuh.
Jelasnya lagi, akibat kemalangan itu, empat lagi motosikal gagal mengelak lalu terjatuh menyebabkan salah seorang daripadanya meninggal dunia.
“Mangsa yang menunggang Yamaha RXZ maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
“Manakala empat lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan, termasuk dua daripadanya parah dan dibawa ke Hospital Jasin,” katanya.
Ahmad Jamil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...