
Tragedi gempa bumi Turkiye: Jumlah korban sudah melebihi 20,300
NEW YORK, 11 Feb -Jumlah korban dalam tragedi gempa bumi kuat di Turkiye terus meningkat dengan setakat ini seramai 20,318 orang dilaporkan terkorban manakala lebih 80,000 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi bencana negara itu pada Jumaat.
Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang melanda pada Isnin itu berpusat di wilayah Kahramanmaras yang menjejaskan lebih 13 juta penduduk di 10 wilayah termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.
Beberapa negara di rantau itu termasuk Syria dan Lubnan turut merasakan gegaran.
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) berterusan dan pasukan penyelamat masih menemukan mangsa yang terselamat beberapa hari selepas SAR dijalankan.
Terkini, seorang lelaki yang berusia 34 tahun ditemukan hidup selepas 117 jam gempa bumi melanda Kahramanmaras.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...
PUSAT SEHENTI HUBUNGKAN USAHAWAN MELAKA
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Sehenti Usahawan (OSCE) di Aras 5, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC)...
12 TUNJANG KELESTARIAN MELAKA – KM
SERI NEGERI 28 April - Sebanyak 12 tumpuan digariskan Kerajaan Negeri bagi merencana kelestarian pembangunan Melaka. Ketua Menteri Datuk Seri...