
Tragedi Baling: ATM bina jambatan Bailey – Hishammuddin
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau mengarahkan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) untuk membina jambatan berkenaan.
“Menteri KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) Datuk Seri Mahdzir Khalid hubungi saya semalam, mohon ATM untuk bina Jambatan Bailey.
“RAJD segera ke lokasi untuk tinjauan bagi kerja-kerja pembinaan jambatan secepat mungkin, anggota-anggota RAJD dah turun pagi tadi,” katanya dalam hantaran Facebook rasminya hari ini.
Isnin lepas, kejadian banjir dan fenomena kepala air dilapor di Kampung Iboi, Baling, mengorbankan tiga sekeluarga serta menghanyutkan tujuh rumah.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...