
Trafik lancar walaupun cuti hujung minggu, cuti umum
BANDA HILIR 5 Jun – Keadaan trafik di beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti Banda Hilir terkawal meskipun ramai pelawat luar memilih bercuti di negeri ini sejak Sabtu lalu.
Selain itu anak jati Melaka yang pulang ke kampung halaman masing-masing mengambil peluang sempena cuti hujung minggu bersambung dengan cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk bersantai bersama keluarga.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) sekitar Banda Hilir dan Melaka Raya yang merupakan tumpuan utama warga Melaka dan pelancong mendapati aliran trafik masih terkawal setakat jam 2 petang tadi.
Hanya terdapat sedikit kesesakan bermula di hadapan Hospital Pakar Putra, Little India dan Bangunan Merah berikutan padat dengan pelancong tempatan dan antarabangsa.
Sementara itu kawasan tumpuan pelancong di Menara Taming Sari (MTS) kelihatan masih tenang dan terkawal.
Bagaimanapun, aliran lalu lintas di sebelah kanan atas jejambat Melaka Raya menuju ke Mahkota Parade agak perlahan susulan kenderaan yang ingin masuk ke Bandaraya Melaka dari Klebang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
