
Trafik di lebuh raya, jalan-jalan utama semakin sesak
KUALA LUMPUR, 30 April – Aliran trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama menuju ke utara, selatan dan Pantai Timur semakin sesak berikutan orang ramai balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.
Tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hingga pukul 2 petang tadi mendapati trafik semakin sesak di beberapa laluan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Di utara, kesesakan dilaporkan berlaku sejauh 8.1 kilometer dari Bukit Tambun ke Jawi, manakala kenderaan juga bergerak perlahan arah selatan dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat.
Di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) trafik sesak selepas Sentul Pasar ke Greenwood terus ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, serta di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Plaza Tol Gombak terus ke Genting Sempah dan Bukit Tinggi ke Lentang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LEBIH 35,000 KES PENIPUAN DENGAN KERUGIAN RM1.6 BILION DIREKODKAN TAHUN LEPAS – BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR 3 Mac - Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion, kata Pengarah...
LELAKI DITAHAN, DISYAKI EDAR DADAH BERNILAI LEBIH RM50,000
PENGKALAN BATU 3 Mac - Polis Melaka melumpuhkan satu rangkaian pengedaran dadah susulan tangkapan dilakukan terhadap seorang pemuda berusia 22...
PENOLONG PENGURUS BANK RUGI LEBIH RM28,000 AKIBAT PINJAMAN WANG TIDAK WUJUD
JEMPOL 3 Mac - Seorang penolong pengurus sebuah bank kerugian RM28,112 selepas terperdaya dengan pinjaman wang tidak wujud diiklankan di...
JUAL 5,000 ANEKA KUIH SETIAP HARI
PENGKALAN BATU 3 Mac - Pejam celik, pejam celik, sudah 14 tahun Siti Suhana Bustaman, 35, berniaga di pasar Ramadan...
POLIS TAHAN SEPASANG WARGA EMAS BANTU SIASATAN KES LANGGAR LARI
KUALA LUMPUR 3 Mac - Suami isteri warga emas ditahan malam tadi bagi membantu siasatan kes langgar lari di kawasan...
KONGSI ILMU URUS SISA PEPEJAL, PERLUAS KEMPEN KITAR SEMULA
JASIN 3 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)...