Sorting by

×

Tourism terus promosikan Pulau Langkawi

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 10 November – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) akan terus mempromosikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama negara meskipun terpalit dakwaan pulau itu kurang dikunjungi pelancong.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr. Ammar Abd Ghapar berkata, sebagai agensi bertanggungjawab dalam mempromosikan destinasi pelancongan negara, pihaknya akan meneruskan usaha itu.

“Kita sentiasa mempromosikan Pulau Langkawi kerana itu adalah kerja kami. Pulau Langkawi merupakan antara destinasi pelancongan penting untuk kita.

“Mana silapnya itu pihak atas akan bincangkan kita tidak boleh komen banyak kerana ia membabitkan banyak polisi malah (dakwaan) itu kena tahu sama ada betul atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perasmian Jerayawara Jom Cuti-Cuti Malaysia (JCCM) 2023 yang dirasmikan Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budayaan negeri Datuk Zaidi, di sebuah pusat membeli-belah, di Taman Lagenda, di sini, hari ini.

Menurutnya, difahamkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) kini sedang mengkaji kesahihan dakwaan sama ada benar atau sebaliknya.

“Namun kita akan memberikan segala input yang diperlukan membabitkan segi promosi contohnya sama ada dari segi kapal terbang kurang atau produk kurang.

“Perhatian kita kini adalah memberikan fokus kepada negeri-negeri yang ada tahun melawat, itu kita akan bantu mempromosikan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Pulau Langkawi hilang pelancong dan memberikan kesan kepada peniaga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1548
Kongsi :
Previous post Peniaga didenda RM1,500 miliki 41 pucuk senjata tiruan tanpa kebenaran
Next post SPRM tahan seorang anggota penguat kuasa minta habuan seks
Ubah saiz-+=