
Total lockdown: Bantuan BPR RM500 kepada B-40, RM100 untuk bujang
PUTRAJAYA 31 Mei – Kerajaan bersetuju untuk memberikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM2,500 sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ bermula esok hingga 14 Jun ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+ dengan nilai suntikan berjumlah RM2.1 bilion.
Katanya, selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan BPR berjumlah RM300 kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 dan bantuan RM100 kepada individu bujang.
“BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti.
“Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak 2.4 bilion ringgit,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0 yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...