Sorting by

×

Tolonglah pamer tanda harga

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

KESIDANG 16 Januari – Peniaga di Negeri Melaka sekali lagi diingatkan supaya mempamerkan tanda harga pada barangan jualan mereka atau bakal dikenakan tindakan tegas jika gagal berbuat demikian.

Exco Perpaduan Pembangunan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, meskipun sudah acap kali diberi peringatan masih ramai peniaga yang mengulangi kesalahan sama setiap kali pemeriksaan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN).

“Hasil daripada pemeriksaan sebelum ini termasuk di Jonker Walk, kami dapati masih ada peniaga yang tidak mempamerkan tanda harga.

“Jadi selepas ini, apabila penguat kuasa dapati ada lagi peniaga yang gagal berbuat demikian, tindakan kompaun akan terus dikenakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2023, pusat jualan borong, di sini, Hari ini.

Menurut Hee Sem, pihaknya mengingatkan kepada semua peniaga agar tidak mengambil kesempatan keatas pelancong mahupun pelanggan apabila ada segelintir yang dikesan meletakkan harga jualan yang berbeza.

Sementara itu, beliau berkata, sepanjang SHMMP yang berkuatkuasa bermula 15 hingga 29 Januari, seramai 90 penguatkuasa KPDN ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan di lapangan .

“Pegawai dan anggota penguatkuasa akan ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan juga pusat beli-belah bagi memantau barangan keperluan perayaan.

“Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan yang mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna, sekali gus tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga boleh dibuat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang SHMMP tahun lalu hanya sembilan kes dikesan membabitkan tidak mempamerkan tanda harga
bewarna merah jambu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1529
Kongsi :
Previous post Kes COVID-19 menurun, Melaka tidak wajibkan pelitup muka
Next post Puteri Sarah fail cerai terhadap Syamsul Yusof
Ubah saiz-+=