
Tolak ansur formula keharmonian kaum – Ab Rauf
TANJUNG BIDARA 27 Jan – Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih bermakna buat golongan kurang berkemampuan dalam kalangan masyarakat Tionghua apabila diraikan pada Program Sambutan Tahun Baharu Cina 2022 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
Pada program di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara itu 100 penerima pelbagai peringkat umur menerima sumbangan angpau dan limau mandarin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina turut dirasakan kaum lain di negeri ini.
“Menghormati dan menghargai perasaan kaum lain adalah formula keharmonian di negara ini. Kita keluarga masjid tanah tidak kekok untuk meraikan dan merasakan kemeriahan perayaan pelbagai kaum.
“Setiap kaum juga ada peranan masing-masing, sebab itu kita hidup dalam keadaan aman damai,” katanya, pada program itu hari ini.
Dalam majlis berasingan Ab Rauf, turut menyampaikan 50 kit makanan kepada golongan kurang berkemampuan sekitar DUN Tanjung Bidara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
