Tokong di Selandar bermandikan cahaya, gamit kedatangan pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

ASAHAN 4 Februari – Gemerlapan cahaya lampu tanglung beraneka warna serta ribuan lampu neon selain seni bina memukau yang menelan belanja kira-kira RM200,000 keseluruhannya mampu menggamit kedatangan pelancong luar negara terutama dari Singapura dan China ke Tokong Cheng Leong Keng, Selandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, keindahan landskap tokong berkenaan sekali gus menjadikan rumah ibadat itu antara lokasi pelancongan wajib dikunjungi bukan sahaja sempena sambutan Tahun Baharu Cina malah sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Jadi pada Pesta Tanglung yang diadakan setiap tahun menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, ahli jawatankuasa tokong berkenaan mengambil inisiatif menggunakan kreativiti teknik pencahayaan selain mempersembahkan dekorasi menarik untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara terutama dari Singapura dan China untuk datang ke DUN Asahan,” katanya.

Beliau yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata demikian kepada Melaka Hari Ini. selepas menyempurnakan gimik perasmian Pesta Tanlung di tokong berkenaan.

Img 6130
FAIRUL Nizam bersama Hee Sem pada acara perasmian Pesta Tanglung di Tokong Cheng Leong Keng, Selandar.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri yang juga Adun Machap Jaya, Ngwe Hee Sem dan Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penganut Cheng Leong Kong,  Ir Ngow Duo Soon berkata, persatuan berkenaan membelanjakan kira-kira RM200,000 bagi membangunkan seni bina dan landskap tokong terbabit bagi memastikan rumah ibadat masyarakat Cina itu menjadi tarikan lokasi pelancongan untuk dikunjungi.

“Sebelum ini, pelancong dari Singapura ada memuji keindahan landskap tokong berkenaan dan mahu memasukkan Tokong Cheng Leong Keng Selandar dalam itinerari lawatan mereka ke Melaka pada masa akan datang.

“Pembangunan yang menelan belanja RM200,000 sudah hampir siap, malah istimewanya sambutan Pesta Tanglung dan Tahun Baharu Cina kali ini, kami tampilkan replika naga yang dibeli dari China manakala dekorasi cahaya lain kami buat sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1236
Kongsi :
Previous post 1,000 tanglung, naga gergasi di Jonker Walk
Next post Hadiah terindah dari The Prayer Mat
Ubah saiz-+=