
Tok Ajak ‘payung’ petrol percuma
TELOK MAS 2 Januari – Seramai 2,000 penunggang motosikal sekitar Telok Mas, di sini, menerima petrol percuma menerusi Program Isi Minyak Motor Percuma Dun Telok Mas, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, program selama tujuh jam yang berakhir 5 petang tadi mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan penduduk.
Katanya, program itu diadakan bagi membantu meringankan beban terutamanya ibu bapa yang akan mula menghantar anak-anak ke sekolah esok hari.
“Saya anjurkan program isi minyak percuma ini, adalah untuk meringankan beban ibu bapa yang akan mula hantar anak-anak ke sekolah esok.
“Malah untuk membantu abang-abang dan adik-adik yang bekerja sebagai penghantar makanan,” katanya.
Beliau yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri akan terus bersikap terbuka dan tidak memilih sesiapa dalam berkhidmat kepada rakyat.
“Ketepikan pandangan politik, sebagai Adun di Telok Mas, bila berkhidmat saya akan bantu semua tidak kira siapa.
“Walaupun saya tahu tidak besar mana sumbangan ini tetapi, sedikit sebanyak dapat membantu orang-orang kita dan penduduk Telok Mas,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...