‘Tok Ajak’, delegasi Kerajaan Negeri promosi TMM2024 di China

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 29 Mei – Kerajaan Negeri mempromosikan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan khusus untuk sektor pendidikan dan keluarga popular dalam negara pada Pameran Perdagangan Pelancongan Antarabangsa(ITB) China di Shanghai World Expo Exhibition and Convention Centre (SWEECC), China.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata pameran tersebut merupakan platform bagi sektor pelancongan negeri membina rangkaian dengan pemain industri dari pelbagai provinsi di negara berkenaan.

Abdul Razak berkata, pameran berkenaan juga membantu pemain industri pelancongan tempatan untuk meluaskan lagi promosi Melaka sebagai destinasi persinggahan dan percutian terunggul.

“Saya mengikuti perbincangan bersama ejen pelancongan daripada Xian, Chian yang mahukan pakej pelancongan pendidikan bagi pelajar sekolah rendah diwujudkan. Mereka berminat untuk membawa pelajar sekolah di China bagi tujuan silang budaya, selain mengadakan program anak angkat.

“Menerusi pameran tersebuf, pemain industri pelancongan China berminat untuk bertukar pandangan dan mahu mengadakan program silang budaya khususnya di Melaka,” kata Abdul Razak menerusi kenyataan di laman Facebook beliau semalam.

Mengulas lanjut Abdul Razak, mengetuai delegasi Kerajaan Negeri berkata di Pavilion Malaysia, beliau sempat bertukar pandangan bersama rakan-rakan Exco Pelancongan dari Negeri Sembilan dan Pahang.

“Saya sempat mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Manoharan Periasamy dan Pengerusi Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka, Goh Hock Jin bagi membincangkan cadangan-cadangan yang diterima untuk dilaksanakan bagi merancakkan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

66
Kongsi :
Previous post Polis sahkan terima laporan lelaki OKU dipukul pengawal peribadi kenamaan
Next post Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Ubah saiz-+=