
Toh Puan Zurina meninggal dunia
AYER KEROH 18 Ogos – Isteri kepada mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-enam, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, Allahyarhamah Toh Puan Zurina Kassim meninggal dunia jam 10.10 pagi tadi.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Difahamkan Majlis Pengebumian Negeri akan diadakan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka selepas Solat Asar.
Toh Puan Zurina, 78, dilahirkan di Duyong, pada 13 Julai 1944, mendirikan rumah tangga dengan Tun Dr Mohd Khalil pada 28 Februari 1965 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Allahyarhamah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru sebelum ke Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur.
Sebagai isteri Yang di-Pertua Negeri Melaka Allahyarhamah cakna dengan rakyat Melaka dan menjadi pengasas Yayasan Toh Puan Zurina bagi membantu golongan kurang bernasib baik, khusus pesakit buah pinggang memerlukan rawatan dialisis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...