Sorting by

×

Toh Puan Asmah hadir tonton Teater Pukol Anak Sinday Menantu

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 30 Oktober – Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Asmah Abd Rahman menghadiri Pementasan Teater Muzikal Peranakan bertajuk Pukol Anak Sinday Menantu di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, di sini malam tadi.

Teater perdana itu sebagai penutup tirai bagi sambutan Festival Kemegahan Budaya Baba Nyonya yang berlangsung selama tiga hari bermula 28  hingga 30 Oktober 2022 bertemakan “Warisan Seni Budaya Baba Nyonya Melaka”.

Teater yang mengangkat budaya peranakan di Melaka itu merupakan anjuran Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) dengan kerjasama Persatuan Peranakan Cina Negeri Melaka (PPCM), Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia (PERANAKAN), Pertubuhan Seni Kesidang Sari dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka sertaKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

4632BCE6-B3A1-46D8-8B7A-579E51683266
ANTARA babak perkahwinan kaum peranakan Baba Nyonya dalam pementasan teater Pukol Anak Sinday Menantu di Kompleks JKKN Melaka

Hadir sama dalam pementasan teater yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu Exco Pendidikan, Teknologi dan Komunikasi Negeri, Datuk Rais Yasin dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam.

Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Saleh, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Pengarah JKKN Negeri, Ezlina Elias dan Presiden MTA, Madelina Kuah.

Terdahulu, Toh Puan Asmah meninggalkan Kompleks JKKN Melaka kira-kira jam 11.30 malam.

Kira-kira 450 kehadiran penonton dari dalam dan luar Melaka menghadiri pementasan teater tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2396
Kongsi :
Previous post Pelancongan pantai di Melaka akan kembali rancak
Next post 145 mangsa banjir di Melaka masih berada di PPS
Ubah saiz-+=