Sorting by

×

TNB Research pasang panel suria 100 Kw di bangunan MPAG

Masa Membaca:53 Saat

ALOR GAJAH 20 November – Bangunan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dipilih sebagai lokasi projek perintis pemasangan panel suria berkapasiti 100 kilowatt (Kw) yang menawarkan penjimatan perbelanjaan elektrik.

Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata projek selaras dengan pembangunan bandar lestari itu dijayakan dengan kerjasama Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan TNB Research Sdn Bhd sebagai rakan pelaksana.

“Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) pula menjadi rakan strategik di peringkat negeri. Projek ini dapat menjimatkan perbelanjaan tenaga elektrik sebanyak RM6,000 sebulan atau bersamaan dengan 8,050.4 kilogram karbon dioksida.

“Selain dapat jimatkan belanja elektrik kita juga menikmati pengurangan karbon emisi di udara, projek ini dijangka siap pada pertengahan bulan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Projek Pemasangan Panel Suria berkapasiti 100 Kw idiadakan pada 31 Oktober lalu turut disaksikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan.

Majlis menandatangani MoA berkenaan adalah antara MPAG dan TNB Research Sdn Bhd berlangsung di Bangunan MPAG.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1924
Kongsi :
Previous post Muhyiddin yakin dapat sokongan Ahli Dewan Rakyat untuk jadi PM ke-10
Next post Speaker Dewan Rakyat minta parti politik kemuka surat akuan berkanun
Ubah saiz-+=