
TMM2024: Zoo Melaka tawar hadiah sehingga RM24,000 buat pengunjung bertuah
AYER KEROH 9 Januari – Zoo Melaka menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM24,000 bagi pengunjung bertuah bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata hadiah wang tunai tersebut akan diberikan kepada pengunjung bertuah yang membeli tiket RM300 dan ke atas menerusi satu resit.
Katanya, cabutan pengunjung bertuah itu akan diadakan pada penghujung tahun ini.
“Pengunjung bertuah yang pertama akan membawa pulang wang tunai RM8,000; kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000. Manakala saguhati seramai 15 pengunjung terpilih membawa pulang wang tunai RM500.
“Ini antara kaedah untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke Zoo Melaka. Melawat haiwan dan menang wang tunai,” katanya pada sidang media di Zoo Melaka, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Zoo Melaka, Zanariah Khamis.
Mengulas lanjut, Sapiah berkata pihaknya menyasarkan seramai satu juta pengunjung bersempena TMM2024.
“Zoo Melaka giat mempromosikan pelbagai pakej-pakej menarik yang akan ditawarkan sepanjang tahun 2024 ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...