Sorting by

×

TMM2024: Taman warisan ajaib sasar 300,000 pengunjung

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 6 Februari – Malaysia Heritage Studios dengan tema ‘Selamat Ha-Hari Raya di Kampung Kita’ menyasarkan seramai 300,000 pengunjung sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Yong Lam Woei berkata, menerusi suntikan pelaburan berjumlah RM20 juta sejak tahun lalu, pihaknya aktif menjalankan aktiviti penjenamaan Malaysia Heritage Studios.

Menurut beliau, Malaysia Heritage Studios kini menjadi sebuah destinasi pelancongan berkonsepkan pendidikan kearah membina komuniti celik budaya dan warisan negara.

“Kita mengumpulkan pelbagai keunikan budaya dan tradisi, menonjolkan kekayaan, nilai eksklusif ada di Malaysia atas hasrat mahu memelihara warisan. Lebih menarik pengunjung boleh merasai pengalaman magikal dan melawat 13 rumah negeri yang ada di Malaysia.

“Antara tarikan baharu diterapkan adalah elemen pendidikan seperti sibina (immortial maze) dibina
dalam bentuk labirin, pengunjung perlu menyelesaikan teka-teki untuk bertemu hidupan lagenda mitos antaranya Naga Seri Gumum, Jentayu, Garuda, Kuda Semberani, Sang Kelembai, Gajah Mina serta Mawas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Malaysia Heritage Studios yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCrop), Datuk Lim Chow Beng serta kenamaan lain.

Katanya, Malaysia Heritage Studios sebelum ini dikenali sebagai Taman Mini Malaysia dan ASEAN dibangunkan sebagai lokasi pelancongan konvensional yang hanya menampilkan rumah-rumah tradisional seluruh negara.

Jelasnya, konsep lama itu diubahsuai sepenuhnya, sekali gus menjadikan pengalaman pelancongan lebih imersif dan magikal.

“Kami akan bergerak seiring dengan kemajuan arus perdana agar tidak ketinggalan dalam industri pelancongan. Sudah menjadi komitmen kami untuk membuat pelaburan yang setanding dengan kehebatan teknologi.

“Saya sifatkan Malaysia Heritage Studios sebagai destinasi pelanconga mesra informasi kerana kepadatan maklumat berbentuk ilmiah dan sesuai dijadikan sebagai pusat pembelajaran luar bilik darjah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1466
Kongsi :
Previous post Dua pegawai, tiga anggota polis ditahan miliki ketum
Next post Ketua jabatan, pengarah syarikat direman bantu siasatan tuntutan palsu
Ubah saiz-+=