Sorting by

×

TMM2024 tahun kebangkitan industri perhotelan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 53 Saat

AYER KEROH 21 Disember – Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) adalah tahun kebangkitan semula industri perhotelan selepas terkesan dengan kemelesetan ekonomi sejak pandemik COVID-19 sehingga tahun ini.

Pengerusi Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MYBHA) Melaka, Norsalenawaty Mohd Salleh menyifatkan, pelbagai inisiatif diperkenalkan seperti program cabutan bertuah Bercuti dan Menang sempena TMM2024 diyakini mampu menjadi antara penyumbang utama untuk memulihkan ekonomi industri perhotelan di negeri ini.

Katanya pihaknya menyifatkan 2023 bukanlah tahun terbaik untuk peningkatan ekonomi perhotelan Melaka namun tahun hadapan adalah tahun penentu industri itu untuk bangkit kembali.

“Banyak kerugian yang kita terima sejak tahun selepas COVID-19 hingga kini sebab industri pelancongan memang sudah bangkit cuma ekonomi itu yang tidak stabil dan kami mengharapkan apa yang hilang akan mendapat pulangan pada tahun hadapan dan TMM2024 diyakini mampu mengembalikan kegemilangan industri perhotelan Melaka.

“Seperti program cabutan bertuah yang dianjurkan Kerajaan Negeri sebenarnya membolehkan pemulihan ekonomi hotel itu berlaku sebab dengan syarat penginapan dua malam itu diyakini mampu membawa peningkatan sehingga 80 peratus.

“Malah, bukan saja hotel yang akan menerima manfaat tetepi lokasi lokasi tarikan pelancongan juga akan menerima limpahan sama sebab cabutan bertuah ini menetapkan syarat perbelanjaan RM500 untuk dibelanjakan pada hotel dan tiket lokasi tumpuan di Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Pada masa sama katanya, sebagai persediaan pihaknya akan memastikan perkhidmatan perhotelan di Melaka akan menawarkan servis terbaik kepada pelancong pada tahun hadapan.

“Untuk persediaan kita sudah mula menjalankan latihan-latihan kepada kakitangan hotel dan menambah baik dari sudut penginapan dan pakej-pakej yang ditawarkan kepada pelancong supaya mampu menarik mereka untuk datang ke Melaka,” katanya.

2gdfgs
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka Chapter, Khairulnizam Kasim

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka Chapter, Khairulnizam Kasim berkata, hasil kajian mendapati rata-rata pengunjung hanya menginap di Melaka hanyalah satu malam sahaja.

Ujarnya dengan program cabutan bertuah itu diyakini mampu menarik tempoh penginapan pelancong sekali gus membawa limpahan ekonomi kepada industri perhotelan.

“Malah bukan sahaja dalam industri perhotelan namun semua aspek perniagaan dan pelancongan khususnya peniaga kecil turut akan menerima limpahan ini.

“Perniagaan kecil-kecilan seperti di tepi jalan ini akan turut maju sempena TMM2024 sebab penginap yang datang akan mengambil kesempatan untuk membeli barangan jualan mereka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5715
Kongsi :
Previous post DUN Asahan sahut cadangan Kerajaan Negeri pasang papan tanda zikir
Next post MPJ naik taraf tujuh lokasi sempena TMM2024
Ubah saiz-+=