Sorting by

×

TMM2024: PPSPM sasar 1 juta orang naik Melaka River Cruise

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 Februari – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mensasarkan seramai satu juta orang akan menaiki bot Melaka River Cruise (MRC) bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata setakat Januari hingga 20 Februari lalu seramai 164,371 orang direkodkan menaiki bot MRC.

Katanya, jumlah itu termasuk 8,436 orang yang menaiki bot MRC secara percuma pada cuti umum 20 Februari lalu.

“Dalam usaha mencapai sasaran pengunjung ke Melaka bersempena TMM2024, pelbagai tarikan baharu telah diketengahkan untuk menggamit pengunjung.

“Antaranya, Eco-Cruise Sungai Linggi; Restoran Terapung Sungai Linggi; Pasar Terapung Melaka dan Taman Mini Sigua.

“Pengunjung juga boleh menaiki ‘Melaka Water Taxi’ sebagai mod pengangkutan alternatif yang dirancang Kerajaan Negeri bagi mengatasi kesesakan trafik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Memancing Sungai Melaka dan Memasak Ikan Air Tawar/ Sungai 2024 di Dataran Pengkalan Rama, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan timbalannya, Datuk Zaidi Attan; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salhah Salleh dan Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Low Chee Leong serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ab Rauf selaku Pengerusi PPSPM turut memaklumkan PPSPM akan melaksanakan pelancaran Pasar Terapung Melaka pada April ini.

“Pasar Terapung Melaka kita sediakan sebanyak 30 bot dengan 100 kiosk untuk peniaga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

598
Kongsi :
Previous post Dua wanita ditahan halang tugas polis, cetus provokasi
Next post Pertandingan memancing, memasak Sungai Melaka 2024 terima 1,250 penyertaan
Ubah saiz-+=