TMM2024 perkukuh hubungan Melaka-China

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BANDARAYA MELAKA 16 Disember – Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) bakal menjadi satu lagi detik bersejarah dalam memperkukuh hubungan diplomatik Melaka-China.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia memandangkan sambutan TMM2024 dan Ambang Tahun Baharu 2024 pada 31 Disember ini di Dataran Pengkalan Rama akan turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dari negara Republik itu.

Jelas Ketua Menteri, dua kumpulan kebudayaan dari Wilayah Autonomi Guangxi bakal menampilkan persembahan ikonik pada malam tersebut dengan mempamerkan simbolik hubungan di antara Melaka dan China yang telah dibina sejak era Kesultanan Melayu Melaka.

“Ia menunjukkan bahawa pengiktirafan negara China terhadap hubungan diplomatik yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka bakal dipersembahkan pada malam tersebut.

“Malah ketika kunjungan saya ke Wilayah Autonomi Guangxi baru-baru ini, Governornya turut menyokong penuh sambutan TMM2024 dan bakal memberi kerjasama yang baik sebagai tanda hubungan yang telah lama terjalin.

“Jadi, saya melihat bahawa promosi TMM2024 ini telah melangkaui sempadan yang mana ia bukan sahaja menarik pelancong domestik, bahkan pelancong luar negara, khususnya dari China,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ‘Walkabout’ di Sungai Melaka dan meninjau persiapan sambutan TMM2024 di Dataran Pengkalan Rama, hari ini.

Img 20231216 211245 620
AB RAUF

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman; Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Datuk TPr. Murad Husin; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Sa’ari Basiron dan lain-lain kenamaan.

Ab Rauf memaklumkan, sekiranya mendapat kebenaran daripada pemerintah Republik Rakyat China, malam sambutan TMM2024 yang berlangsung penuh gilang-gemilang juga bakal dipancarkan secara langsung di negara berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8261
Kongsi :
Previous post 15,000 dijangka meriahkan pelancaran TMM2024
Next post Melaka perkenal kaedah baharu laluan kontra atasi kesesakan
Ubah saiz-+=