Sorting by

×

TMM2024: Menara Taming Sari semakin meriah

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 22 Februari – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) semakin meriah dengan pelbagai aktiviti sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasrul Ahmad berkata, penganjuran pelbagai program di perkarangan menara ikonik Negeri Melaka itu adalah bagi merealisasikan sasaran kehadiran 700,000 pengunjung sepanjang tahun ini.

Katanya, sasaran ditetapkan pada 2024 meningkat berbanding 600,000 pada tahun lalu berikutan pelbagai promosi serta aktiviti dan program yang akan diadakan di Menara Taming Sari.

“Pelbagai aktiviti dan program sudah kita rencanakan di perkarangan menara, antaranya Hari Seniman pada 28 April dengan kerjasama radio tempatan dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka.

“Sepanjang Ramadan pula, kita meneruskan tradisi iaitu pengagihan bubur lambuk kepada orang ramai.

“Namun kelainan yang akan dibawa pada tahun ini ialah kita juga akan mengadakan tazkirah serta ceramah pendek di MTSB pada ketinggian 80 meter,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Nasrul, pada Hari Raya Aidilfitri, pihaknya juga bakal menganjurkan Rumah Terbuka MTSB.

Selain itu, ujarnya, pelbagai diskaun diskaun hebat akan ditawarkan kepada pengunjung pada tarikh-tarikh tertentu bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

947
Kongsi :
Previous post Pekerja restoran warga Myanmar didakwa bunuh rakan senegara
Next post Ekspresi seni, secangkir kopi
Ubah saiz-+=