
TMM2024: Melaka rekod kehadiran 6.3 juta pelancong
AYER KEROH 30 Jun- Melaka kekal mendahului tiga negeri lain yang melaksanakan kempen Tahun Melawat Negeri daripada aspek jumlah kedatangan pengunjung dan pelancong.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sejak dilancarkan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berjaya menggamit 6.3 juta pengunjung dan pelancong ke negeri ini.
Katanya, pelbagai aktiviti dan program dirancang untuk merancakkan lagi TMM2024 dan menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka.
“Secara keseluruhan 6.3 juta pelancong telah datang ke Melaka setakat bulan lalu. Mengikut pecahan, seramai 5.5 juta adalah pelancong domestik manakala 800,000 lagi adalah pelancong asing.
“Jadi Melaka terus mendahului negeri-negeri lain dalam edisi Tahun Melawat Negeri pada tahun ini,” katanya ketika berucap seterusnya merasmikan Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Ler… di Dataran Perbadanan Melaka (MCORP) di sini malam tadi.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco dan Timbalan Exco serta kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...
DATANG ‘OPEN HOUSE’ ASAHAN BAWA PULANG MOTOSIKAL
ASAHAN 12 April - Sebanyak empat buah motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah menjadi antara tarikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...