TMM2024: Melaka mendahului Kelantan
SERI NEGERI 11 Julai – Penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menunjukkan impak positif dalam sektor pelancongan apabila negeri ini menjadi destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat Jun, sejumlah 7.7 juta pelancong direkodkan ke Melaka, di mana jumlah itu jauh mengatasi Kelantan yang turut menganjurkan tahun melawat negeri dengan 700,000 pelancong.
“Sebagaimana semua sedia maklum, selain Melaka, Perlis, Perak dan Kelantan juga menganjurkan Tahun Melawat negeri masing-masing. Di sini, berdasarkan data-data pelancong, kita dapat membuat perbandingan statistik kehadiran pelancong dengan Kelantan memandangkan hanya negeri Kelantan sahaja mengeluarkan data pelancongan terkini.
“Ini bermakna, pencapaian Kelantan tidak sampai 10 peratus daripada apa yang Melaka telah capai. Ini jelas menunjukkan manifestasi kebijaksanaan kita di Melaka dalam merangka program dan promosi menghebahkan keunikan negeri kita yang tercinta ini.
“Syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang sama-sama membantu memperhebat sektor pelancongan di Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LEBIH 6,000 PREMIS MAKANAN DIPERIKSA SEPANJANG 2024
BANDARAYA MELAKA 24 Januari - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) memeriksa sebanyak 6,047 premis makanan seluruh Melaka sepanjang tahun lalu....
TIKTOK CHALLENGE MELAKA DILANJUTKAN SEHINGGA 30 JUN
AYER KEROH 24 Januari - Pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' yang dilanjutkan hingga 30 Jun depan dijangka mencapai 3,000...
MANIFESTASI TEKS SULALATUS SALATIN HIMPUN 39 KARYA ARTIS TEMPATAN
BANDA HILIR 23 Januari - Sebanyak 39 karya seni dan sastera berdasarkan Teks Sulalatus Salatin yang diterjemah ke visual dihimpunkan...
PRODUK TIADA LABEL PENGIMPORT PASAR RAYA DIKOMPAUN RM3,000
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Sebuah pasar raya di daerah Melaka Tengah dikompaun RM3,000 selepas didapati menjual makanan yang tidak...
JKNM UJI TIGA SAMPEL ANGGUR SHINE MUSCAT
BANDARAYA MELAKA 23 Januari - Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menguji tiga sampel anggur shine muscat bagi memastikan produk import...
DUA ANGGOTA BOMBA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA PADAM KEBAKARAN
KOTA KINABALU 23 Januari - Dua anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam kebakaran di tingkat empat sebuah...